about me

Wednesday, 30 May 2012

Bila suami mahu kan anak

hai.. terbace blog pakar psikologi terkenal.. i mmg follow blog and FB die.. coz byk input i i dapat... so just sharing and my input also...

"Saya dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 8 tahun yang lalu. 3 tahun pertama, kami berusaha mendapatkan cahaya mata. Malangnya, isteri disahkan tidak mampu hamil seperti wanita normal lain. Kini, kami kesunyian tanpa hilai tawa si kecil. Saya begitu menginginkan zuriat sendiri dan bukannya anak angkat. Apa harus saya lakukan agar tidak melukakan perasaan isteri yang amat saya cintai?"
JAWAPAN:
Antara hikmah disyariatkan perkahwinan ialah untuk mengembangkan keturunan melalui kelahiran zuriat daripada hasil perkahwinan. Jarang sangat pasangan yang mendirikan rumahtangga tidak punyai hasrat untuk mempunyai zuriat. Hampir semua pasangan inginkan cahayamata di dalam perkahwinan mereka. Saya percaya, bukan sahaja tuan yang merasa sepi dan sunyi tanpa tangisan dan ketawa si kecil. Isteri tuan juga pasti mempunyai rasa yang sama.
Perkara paling penting untuk tuan lakukan ialah fahami emosi isteri terlebih dahulu. Tidak boleh mengandung dan melahirkan adalah satu musibah paling besar bagi seorang wanita. Emosinya pasti terluka dengan kehendak-Nya tapi terpaksa terima dan redha. Sebagai seorang wanita, isteri tuan pasti ingin berikan tuan anak yang dikandung dan dilahirkannya sendiri. Takdir mengatasi segala dan sebagai hamba, mana mungkin isteri tuan melawan ketentuan-Nya. Cara paling baik, tunjukkan keinginan tuan untuk mempunyai anak secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, jika tuan dan isteri keluar bersama-sama dan terserempak dengan pasangan yang berjalan bersama bayi mereka, tuan berlakon seolah-oleh teruja memerhatikan pasangan tersebut. Ambil sedikit masa hingga isteri perasan sikap tuan dan segera tersedar atau jika isteri yang sedarkan, cepat-cepat pegang erat atau peluklah isteri tuan. Sama juga jika tuan menyaksikan drama atau foto bayi. Tuan boleh tunjukkan minat yang mendalam dan bila isteri tersedar, segera tonjolkan sikap romantik tanda kasih tidak belah bahagi tuan kepada isteri.  
Sikap tuan tersebut akan difahami oleh isteri sebagai keinginan dan hasrat tuan yang tinggi untuk mempunyai anak. Isteri akan simpati dan rasa serba salah. Simpati sebab memahami keinginan tuan dan serba salah sebab tidak berupaya tunaikan hasrat tuan tetapi tuan masih tetap menyayanginya sepenuh hati. InsyaAllah, tiba satu masa isteri tuan sendiri akan luahkan keizinan untuk tuan berkahwin lagi bagi menunaikan impian tuan memiliki zuriat sendiri. Jika perkara tersebut berlaku, jangan segera bersetuju tetapi jangan pula menolak. Sebaiknya ajukan kepada isteri sama ada dia benar-benar memaksudkan kata-katanya itu. Bila isteri mengaku, peluklah isteri tuan dan luahkan kasih sayang tuan yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Ucapkan juga terima kasih atas sikapnya yang memahami dan berjanjilah dengan ikhlas (bukan lakonan ye) untuk sentiasa menyayangi dan menyintainya hingga ke akhir hayat.
Nampak seakan sebuah cerekarama kan? Jangan ketawa! Tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Skrip drama sendiri sebenarnya banyak berpandukan kisah-kisah benar yang berlaku. Andai jalan cerita tuan tidak seperti olahan skrip yang saya kemukakan di awal tadi, maksud saya isteri tuan tidak ambil kisah dengan keterujaan tuan itu, tuan sendiri perlu bertindak selepas memberikan satu tempoh peluang kepada isteri. Bawalah isteri tuan bercuti atau paling tidak, keluar makan ke tempat istimewa kemudian luahkan hasrat sebenar tuan secara baik dan berhikmah. Pokok utama perbincangan ialah isu keinginan tuan untuk memiliki zuriat sendiri bagi meneruskan kelangsungan warisan keturunan tuan.
Dalam jalan cerita seperti ini, isteri tuan pasti akan bangkitkan isu ketidak upayaannya yang bukan pilihan atau kehendaknya dan pastinya juga isteri tuan akan meminta tuan memahaminya. Tika ini, tuan perlu jadi suami yang paling romantik dan luahkanlah pemahaman tuan tetapi luahkan juga, tuan turut mengharapkan agar isteri tuan memahami kehendak tuan. Cakaplah penuh hikmah! Jangan utamakan perkara kahwin lagi sebaliknya fokus adalah untuk dapatkan zuriat daripada darah daging sendiri. Saya cadangkan, berikan peluang kepada isteri untuk menentukan bakal madunya sendiri. Jika isteri diberikan tugasan tersebut, dia akan lebih percaya niat tuan bukan berkahwin lagi tetapi demi cahayamata. Jika kata sepakat telah dibuat, tuan perlu fahamkan bakal isteri baru, dia dipilih demi satu hasrat iaitu untuk kelangsungan keturunan dan jika dia mampu memberikan zuriat kepada tuan, bukan bererti dia lebih istimewa. Perlu fahamkan perkara tersebut agar isteri tuan sekarang tidak rasa rendah diri dan terus makan hati.
Tuan juga perlu bersedia dari segi emosi, fizikal dan kewangan untuk mempunyai seorang lagi isteri. Bermadu tidak manis dan tidak pula pahit andai tuan sebagai ketua keluarga mampu mengemudi kedua-dua bahtera rumahtangga dengan baik. Kedua-dua isteri mempunyai kedudukan yang sama, langsung tiada beza biarpun yang pertama tidak berupaya memberikan anak kepada tuan. Tidak mampu mengandung dan melahirkan adalah kelemahan yang tidak mampu dibaikpulih oleh isteri lantas itu bukan kesilapannya yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan nilai dirinya di sisi tuan. Pastinya isteri tuan kini mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang hanya tuan tahu dan fahami. Perlu akui hakikat tersebut.
Seperkara; segala yang berlaku dan bakal berlaku adalah dengan ketentuan Allah belaka. Sebagai manusia, keupayaan seorang doktor juga terhad sebaliknya kuasa Allah mengatasi segala. Tidak mustahil, biar disahkan tidak mampu hamil tetapi dengan kehendak-Nya isteri tuan masih boleh hamil. Keajaiban itu bukan sesuatu yang mustahil bagi-Nya. Malah, tiada jaminan bakal isteri tuan nanti mampu untuk berikan zuriat kepada tuan. Buatnya bakal isteri hadapi masalah serupa dengan isteri kini? Nak kawin lagi dan lagi? Saya bukan menghalang poligami tetapi saya mohon agar dalam melaksanakan sesuatu keputusan, jangan letakkan emosi di takhta teratas. Berfikirlah secara waras dan matang dan paling penting, berserah sepenuhnya kepada Allah dalam menentukan sesuatu keputusan yang terbaik untuk masa depan tuan dan isteri. Percayalah! Pasti ada hikmahnya hingga kini tuan masih belum menjadi bapa dan isteri belum menjadi ibu. Berdoalah! Andai mempunyai anak adalah yang terbaik untuk masa depan tuan dan isteri, izinkanlah isteri tuan hamil atau jika bukan takdir-Nya zuriat tuan daripada isteri kini, lapangkanlah hati isteri untuk berikan izin tuan berkahwin lagi dan kurniakanlah zuriat daripada isteri yang baru nanti.
Sentiasa mendoakan untuk dapatkan yang terbaik daripada-Nya. Bila Dia belum makbulkan, pasti ada ketentuan-Nya yang lebih baik untuk tuan dan isteri. Percayalah!! Jangan sangka kelahiran anak semuanya menjadi penyeri rumahtangga kerana ada kes saya, perkahwinan bahagia 12 tahun berakhir setelah anak lahir. Setiap perkara bersebab dan berhikmah! Percayalah!!!

**** Soalan Dilema Perkahwinan, Pa&Ma, Jun 2011.
**** Boleh amalkan doa Nabi Zakaria: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” – surah al-Anbiya’ ayat 89."

Sunday, 27 May 2012

2nd anniversary ~ Part 2

Dok memerhati2 blogger terhebat kat malaysia ni.. so nak tgk la komen2 dari mereke2 yg dh pernah pegi ke pulau2.. de tips yg mmg bgs la utk i prepare.. Al - maklum la tema kali ni Pulau .. make nye kene research pasal pulau... So dari blogger ni mmg byk input i dpt..

Friday, 25 May 2012

PENDING matter

Belah kiri pending keje i to consultant - Belah kanan pending Document Controller (DC) i..
Hari ni dah hari sabtu.. pagi2 je 1st step i dah list kan semue kj2 i yg pending.. then bile dh list kan.. hahahaha.. br tau kj byk ke x.. then nak jadi kan cite lg i saje je.. tampal kan dinding biar bos tau i tgh byk kj.. and




"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

~ surah al-baqarah, ayat 286 ~

1st post : Trying to Conceive (TTC )

Salam wahai diary ku... huhuhuh.. pertama kali nye.. i wat post pasal TTC ni... Rasanya hati dah mula tabah mengharungi kehidupan dunia..Refer to my previous entry ... rezeki i belum ada.. berita selepas honeymoon i yg pertama hanya seketika.. hanya mampu bertahan 8 week.. namun i masih berfikiran positif utk terus berusaha.. mmg sukar utk menerima kenyataan ini... keguguran yg di jangka membuatkan i x terlalu terkejut.. tp bila sekeliling memberi tekanan down juga hati ni... pe pun i bersyukur sgt walau pun pinjaman itu hanya seketika..

Rasa bersyukur sebenar nye bila di jodohkan dgn my hubby.. walaupun die bukan lelaki sempurna di mata org luar tp cukup sempurna di mata i (walau pun sll gaduh... hehehhe) i harap rezeki i yg satu ni je muncul dgn izin ALLAH..

Di awal perkahwinan mmg zuriat yg di harap kan.. jiwa mmg tertekan bila ramai yg bertanya status i sekarang.. tp lama ke lamaan dh biasa dgn sbrg pertanyaan.. cume bile time emosi terganggu maka nya soalan2 itu tetap x dpt i terima.. Bukan sebab kami berdua x subur.. Pakar dh mengesahkan kami normal seperti manusia biasa.. bezanya ALLAH masih belum mmberi kami rezeki itu... mungkin utk memastikan anak kami nnt hidup lebih selesa.. Al-maklum la keje i skrg pun x menentu.. ke hulu ke hilir...

Sepanjang setahun perkahwinan xde sbrg petua utk dapatkan zuriat.. hanya pemakanan yg sihat di amal kan... Tapi lepas je gugur.. ramai BBR bg semangat utk teruskan usaha i ni.. yg i pernah pakai :-

1) JERSLIN OIL
2) BUAH ZURIAT / BUAH ADAM
3) LUMIGLOW
4) BERURUT
5) PATI DELIMA
6) ACID FOLIX
7) AIR TASIK DAYANG BUNTING


Apa saja yg ade i akan terus mencube.. Nasib i de my hubby, my mom and my BBF yg byk bg sokongan kat i... utk hubby i...

1) JERSLIN OIL
2) BUAH ZURIAT / BUAH ADAM
3) LUMIGLOW

Semoga semoga segala usaha hari ini dan yg akan datang akan memberikan hasil yg cukup bermakna... Dan i sedar kesabaran i de limit nye.. kadang2 xleh terima gurauan2 mengenai anak dr org sekeliling... hati ni kecik sgt rase nye... Ok la.. rase nye utk permulaan ni je yg dapat di kongsi.. gambar berkaitan dgn entry ni.. de mase akan i upload... Salam :)

Handing over for KLIA2


No.
Deliverable Description
Planned Submission Date
Actual Submission Date
Remark
1.      
As-Built Construction / Design records signed by an authorized / qualified professional



2.      
Statutory Authority’s Design Approvals with Certificate of Fitness



3.      
Records of Factory Inspection for equipment and material testing



4.      
Records of Site Inspection and equipment testing




Commissioning records of equipment




Records of statutory authorities’ equipment checks




Training records and copies of proficiency cert.




O&M Manuals, including all specified information



5.      
Contractor’s guarantees or warrantees



6.      
List including name, address, phone, fax numbers, dept/div in charge, etc. of subcontractors, suppliers and manufacturers of all materials, equip and spare parts and consumables.



7.      
List of local agents of suppliers and manufacturers including name, address, phone, fax numbers, dept/div in-charge, etc.




List of any defects noted and programme for their rectification




List of any outstanding works and programme for their finishing



Thursday, 24 May 2012

Pavlova (Part 1)


Tgk Pavlova.. teringin sangat nak buat sendiri.. sedapnye... waaaaaaaaaaaaaaaa..... ape pun resepi dh amik.. ujung minggu ni klu de mase nk wat la.. huhuhuhu...

Wednesday, 23 May 2012

Semoga rezeki itu ada

Refer to my entry, dah selamat pegi gak la.. on 22nd May 2012.. mase tu mntk halfday cuti.. so my hubb by anta intvw ni.. di sbb kan dh 3 thn xpenah attend interview ni.. mmg gementar mcm zmn2 dl lps abis bljr... huhuh.. so ikut kan die sok dtg kul 3pm.. so kite kene la dtg awal kan.. kul 2.30pm  i smpi opis tu.. sampi opis tu.. isi borang and bla bla...  so kul 3 i di pggl masuk bilik intvw..

Dalam bilik

2 panel interview (HR manager and Project Manager)
banyak sgt soalan yg di tanye.. i ddk dlm bilik tu satu jam.. fuhh!!! mmg lama... nak jd kan story.. asal Project manager tu dr kampung hubby i.. make nye lg closed la kami berdua.. n HR manager tu mmg closed and sbb i dh biase bergaul dgn org chine... mmbuat kan i senang nk closed dgn die..


So lps kuar dr bilik tu i rase lege.. i mengharap sgt utk dapat.. tp klu xde rezeki i redha...

Sunday, 20 May 2012

Sunday is my working day

Skrg ni project i dh smpi ke stage handing over.. so utk dpt kan Certificate of Practical Completion (CPC) .. so banyak bende nk kene double check before bg kat client.. sgt mencabar dgn kerje2 yg sedia ada x abis lagi, dengan xde pembantu, dengan xde sikap kerja sama sgt mencabar kewibawaan i as a engineer.. xpe la cube seikhlas mungkin utk mencari rezeki halal.. so keje ahad ni mmg sgt best.. tiada gangguan langsung.. kejap je td i wat kj dh siap.. then ni tgh nk update mane2 perkara yg dh seminggu x update.. ok la.. xleh lame keje byk nak wat.. daaaaaa .. hari ni sempat masak mee kari utk my hubby.. 1st time masak mee kari.. hehhee 

Friday, 18 May 2012

Nak Pegi x nak pegi

Salam.. dlm minggu ni sgt2 busy dgn keje.. and sgt stress dgn keje.. nak jd kan cite.. leh geram sgt2 and nangis kat opisssssss........ wa malu nye.... biase la pompan.. sometime jiwe xcukup kental.. huhuhu.. mggu ni dh dua kali my big bos bg pujian yg melambung di atas usaha kerja i selame ni.. my bos... i xmau pujian.. i tau bos i mmg sgt baik dan berdedikasi.. tp i nak kan kenaikan gaji sj.. hehhehe.... ape pun i suke sgt dgn kebaikan bos2 kat opis ni ... walau pun stress dgn kj.. tp dgn bos xstress dh cukup bgs la tu.. so semalam i dpt satu panggilan intvw.. utk next week.. i syg dgn company skrg. cume i nk try market i.. mane tau dpt offer lebih tggi.. i akan pergi intvw tu.. sbb bidang i minat dah sampai... mane tau ni la peluang i utk kembangkan kerje i as a engineer.. so hope pilihan i xsalah...

Wednesday, 16 May 2012

2nd anniversary ~ Part 1

14 nov 2012 ~ Genap 2 year kami di satu kan.. so mmg la hobi i merayap2.. make nye setiap anniversary kene merayap gak.. so destinasi dlm msia je.. Sbb nye.. cuti thn tggl 7 hari sahaja.. 4 hari utk raya 2 hari honeymoon and 1 hari standby.. kot2 de urgent thing... so i mula cuti dari 11 nov 2012 - 15 nov 2012.. ni br plan.. 5 hari cuti.. so destinasi tahun ni more to Pulau2.. short listed dah buat.. antaranya manukan, redang, perhentian, langkawi..

Sekarang ni tgh masih survey2 hotel and tempat plg syok.. budget dlm 3k  ke bwh cukup la.. dlm malaysia je pun.. hhehehhee

Tuesday, 15 May 2012

Free Seat Air Asia 2012

sebenar nye tahun lepas i cube2 nasib mane tau dapat.. tp xdpt.. tahun ni i berjaya menembusi nye.. ye2.. i akan bercuti dgn my hubby lagi.. Tapi mmg berbaloi.. satu2 tiket tu.. u all leh save RM200 ke atas utk sorg... mmg puas ati.. so mane i akan pegi.. tunggu next entry la erk.. hehehe....


My Room @ UTM Skudai

hehhehe.. ni la bilik i mase zaman study dulu.. cantik x.. hehhehe mmg suke sgt pink.. hasil creativity i and my frnd dl.. layan pic ni.. i miss UTM

Bilik my frnd

ni bilik i



Sempena 28 tahun

Bunge  + kad + kek

14 mei 2012 ~ genap usia i 28 tahun.. cepat mase berlalu.. nothing to do on my besday.. almaklum la.. jatuh monday.. de audit from HQ.. 1 day  busy.. so after opis je i terus lik n my hubby de la bg something.. just memories.. hehhhee.. mcm xpercaye my hubby leh bg bunge.. bcoz y? mase bercinte xpenah bg bunge.. hehhee... suke2.. lepas bg2 something to.. my hubby ajak dinner kat one of restoran seafood kat beach.. tq my love...

Lama tidak berblog

attends core values launch (10 april 2012) under my company..

@ hotel

1 of activity

me and my officemate

makan2

nice!!

our MC Linora Aronil Low   from RED FM